Lanjutan daripada beberapa gambar promosi Vivo V9 yang hadir sebelum ini, kini ia dilihat Vivo V9 turut telah melepasi pengesahan Sirim dibawah nama kod “Vivo 1723”.
Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk Vivo V9 masih menjadi tanda tanya. Daripada gambar yang diperlihatkan melalui papan iklan dan poster, ia dilihat Vivo V9 akan menyertakan skrin takuk dihadapan, selain penggunaan dwi-kamera pada bahagian hadapan.
Dengan pengesahan Sirim ini, kita mungkin boleh menjangkakan yang mana peranti ini bakal dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi – sekaligus ditawarkan untuk pasaran tempatan seawal mungkin.