Carian
Anda Kini Boleh Mendapatkan OnePlus 5T Edisi Star Wars Pada Harga RM2799
March 8, 2018 Aman

OnePlus sebelum ini telah memperkenalkan OnePlus 5T memfokuskan khusus kepada para peminat Star Wars, melalui apa yang dinamakan sebagai OnePlus 5T Star Wars Edition. Versi peranti ini ditawarkan secara terhad di beberapa buah negara sahaja, dan menariknya kini pengguna tempatan boleh mendapatkan set importnya pada harga RM2799.

Ditawarkan oleh salah satu penjual tempatan, versi yang disediakan bukan set rasmi Malaysia, sebaliknya adalah set import.

OnePlus 5T Star Wars

OnePlus 5T Star Wars Edition ini hadir dengan skrin 6-inci, cip Snapdragon 835, memori 8GB RAM, dan ruangan storan 128GB. Ia menyertakan dwi-kamera belakang 16MP + 20MP, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari dibelakang. OnePlus 5T Star Wars Edition ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh.

Membezakannya dengan versi OnePlus utama adalah penggunaan rekaan logo Star Wars pada bahagian belakang kerangka, selain kerangka luar tambahan bertemakan Star Wars.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan set import OnePlus 5T Star Wars Edition ini hari ini pada harga RM2799.

Komen