McAfee Mengambil-Alih Penyedia Perkhidmatan VPN, TunnelBear

McAfee Mengambil-Alih Penyedia Perkhidmatan VPN, TunnelBear

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

McAfee merupakan salah satu syarikat sekuriti terkemuka, dimana sebelum ini mereka telah diambil-alih oleh Intel – sebelum kembali menjadi syarikat berasingan pada tahun lepas.

Terkini, sebagai syarikat sekuriti dan keselamatan, pihak McAfee terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena berkenaan.

Hari ini, McAfee telah mengumumkan pengambil-alihan salah satu penyedia perkhidmatan VPN popular, iaitu TunnelBear.

TunnelBear menawarkan kemudahan kepada pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, termasuk melalui aplikasi untuk Windows, selain pemalam untuk Chrome. Ia dikatakan TunnelBear mempunyai lebih 20 juta pengguna seluruh dunia pada desktop dan peranti mudah-alih.

Buat masa ini, aplikasi dan perkhidmatan TunnelBear akan terus beroperasi seperti biasa.


TIPS & ULASAN