Satu perkara yang agak menyusahkan tentang kehidupan zaman moden ialah keperluan menghafal kata laluan. Sekiranya anda malas satu kata laluan digunakan untuk akaun log masuk pelbagai laman. Jika anda paranoid seperti kami, kata laluan berbeza digunakan dan ia ditukar dengan kerap. Bagi pengguna pelayar web Chrome, anda kelak akan dibenarkan mengeksport kata laluan sebagai fail CSV.
Fail yang telah dieksport kemudian boleh dimuat naik kepada aplikasi pengurusan kata laluan yang ingin anda gunakan atau pada pelayar web selain Chrome. Buat masa ini fungsi ini hanya diaktifkan pada Chrome versi ujian. Kepada pembaca Amanz kami menyarankan anda untuk kerap bertukar kata laluan dan elakkan penggunaan dua puluh lima kata laluan terburuk untuk tahun 2017.