iPhone 2019 Mungkin Tidak Akan Menggunakan Skrin Bertakuk

iPhone 2019 Mungkin Tidak Akan Menggunakan Skrin Bertakuk

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Seperti kami laporkan sebelum ini, Motorola Motofone F3 ialah telefon selular pertama menggunakan skrin bertakuk pada tahun 2006. Pada 2017 penggunaan skrin bertakuk kembali semula ke pasaran dengan pelancaran Essential Phone dan diikuti pula oleh Apple iPhone X. Tahun ini rekaan skrin bertakuk semakin menular dengan pelancaran Asus Zenfone 5, Huawei P20 dan Leagoo S9.

Trend menggunakan skrin bertakuk ini memaksa Google untuk memberikan sokongan terbina menerusi Android P. Tetapi menurut laporan ETNews dari Korea Selatan, skrin bertakuk tidak akan lagi digunakan pada iPhone 2019. Apple dikatakan telah memulakan rekaan untuk peranti semua-skrin sepenuhnya yang mengekalkan sistem Face ID pada bahagian hadapan. Spesifikasi skrin ini masih lagi misteri tetapi adalah masuk akal dibangunkan dengan wujudnya Vivo Apex.

Apex yang masih lagi sebuah peranti prototaip mempunyai rekaan hampir semua skrin tanpa takuk. Jika Vivo mampu melakukannya, tidak mustahil Apple mempunyai penyelesaian kepada skrin bertakuk mereka sendiri.


TIPS & ULASAN