Honor 9 Lite Boleh Dibeli Pada Harga RM699 Hari Ini

Honor 9 Lite Boleh Dibeli Pada Harga RM699 Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Honor 9 Lite telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini pada harga RM749, dan hari ini, untuk tempoh terhad, pihak Shopee menawarkan telefon pintar berkenaan pada harga promosi, iaitu RM699.

Dari segi spesifikasi, Honor 9 Lite hadir dengan skrin 5.65-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Kirin 659, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera pada bahagian hadapan dan belakang, menggunakan sensor 13MP + 2MP. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan serta ciri dwi-kamera pada harga RM699 hanya hari ini.

Beli : Honor 9 Lite di Shopee


TIPS & ULASAN