LG V30S ThinQ Mula Dijual Di Korea Selatan Dengan Harga Mencecah RM 4000
LG

LG V30S ThinQ Mula Dijual Di Korea Selatan Dengan Harga Mencecah RM 4000

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

LG V30S ThinQ baru sahaja diumumkan di acara MWV 2018 yang lepas. V30S ThinQ adalah versi kemaskini kepada V30 yang dilancarkan pada September 2017. V30S ThinQ mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan V30 dengan perbezaan pada RAM, perisian dan juga kamera yang dibantu oleh kecerdasan buatan yang dinamakan QLens.

LG V30S ThinQ  telah dilancarkan di Korea Selatan hari ini dengan KRW 1,048,300 (~RM 3820) untuk versi 128GB KRW 1,097,800 (~RM 4036) untuk versi 256GB. LG masih tidak memberi sebarang maklumat mengenai penjualan V30S ThinQ di pasaran Malaysia. Kami mengharapkan ia tidak terjadi seperti LG V20. LG V20 dilancarkan pada September 2016 dan hanya memasuki pasaran Malaysia selepas hampir 1 tahun iaitu pada Julai 2017.


TIPS & ULASAN