Fortnite Battle Royale Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Fortnite Battle Royale Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Fortnite Battle Royale merupakan salah satu permainan dibawah genre Battle Royale dan telah ditawarkan untuk pengguna PlayStation 4, PC dan Xbox One sebelum ini. Melaluinya, sekitar 100 pemain akan dijatuhkan disebuah pulau, dan perlu bersaing untuk menjadi pemain terakhir yang kekal hidup.

Kini, selain daripada hanya pada PC dan konsol, permainan berkenaan juga bakal ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan iOS.

Menariknya, ia juga turut menyokong permainan antara-platform, membolehkan anda bersaing dengan pemain Fortnite Battle Royale yang lain tanpa mengira platform.

Pihak pembangun Fortnite akan memulakan ujian untuk iOS terlebih dahulu pada minggu hadapan, dan diikuti pada platform Android selepasnya. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi untuk permua ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN