Cari @ Amanz

Android P versi percubaan pembangunan baru sahaja dilancarkan secara rasminya semalam. Ia menawarkan pelbagai ciri baru yang menarik dan juga antaramuka Material Design 2.0. Tetapi Android P ini dilihat tidak akan ditawarkan untuk beberapa peranti, termasuk pada Nexus 6P, Nexus 5X dan Pixel C.

Ketiga-tiga peranti ini dilancarkan pada tahun 2015. Google hanya menyokong kemaskini utama pada peranti-peranti ini selama 2 tahun dan 3 tahun kemaskini sekuriti sahaja. Kini tahun 2018 sudah pun mencecah 3 tahun umur peranti ini dan jangka hayat untuk peranti-peranti ini bakal berakhir.

LG Nexus 5X

Android Oreo 8.1 adalah sistem operasi terakhir buat peranti-peranti ini dan Google tidak akan memberi sebarang kemaskini sistem operasi kepada kesemua peranti ini secara rasminya. Kemaskini sekuriti bulanan akan terus diberi sehingga November 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd