Kemaskini Windows 10 Seterusnya Akan Dinamakan Spring Creators Update – Akan Hadir Untuk Pengguna Windows Insider Dahulu

Kemaskini Windows 10 Seterusnya Akan Dinamakan Spring Creators Update – Akan Hadir Untuk Pengguna Windows Insider Dahulu

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Sistem operasi Windows 10 biasanya akan hadir dengan kemaskini besar yang dinamakan Creators Update, dan kebiasaannya akan dinamakan dengan musim apabila kemaskini tersebut hadir untuk para pengguna sistem operasi tersebut.

Nampaknya nama kemaskini Windows 10 seterusnya sudahpun tertiris ke arena web melalui satu screenshot yang menunjukkan nama Spring Creators Update 1803. Screenshot ini didapati melalui seorang pengguna Windows Insider yang menggunakan sistem operasi Windows 10 versi beta.

 

Untuk makluman anda, nombor di belakang nama Creators Update biasanya merujuk kepada tarikh kemaskini akan hadir untuk pengguna-pengguna Windows Insider. Misalnya, Windows 10 Fall Creators Update 1709 merujuk kepada September 2017 iaitu bulan apabila kemaskini Fall Creators Update hadir untuk mereka.

Jika nombor kemaskini tersebut masih sama seperti sebelum ini, Spring Creators Update 1803 ini barangkali akan hadir pada bulan ini, Mac 2018 untuk para pengguna Windows Insider dahulu, dan akan hadir untuk pengguna Windows 10 biasa tidak lama kemudian.


TIPS & ULASAN