Jam Tangan Pintar Fitbit Akan Datang Bakal Dikenali Dengan Nama Fitbit Versa

Jam Tangan Pintar Fitbit Akan Datang Bakal Dikenali Dengan Nama Fitbit Versa

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Beberapa minggu sebelum ini, kita telah mendengar beberapa maklumat awal berkaitan dengan jam tangan pintar akan datang Fitbit. Kini, nama untuknya dikongsikan oleh @evleaks, mengatakan ia akan dikenali dengan nama Fitbit Versa.

Fitbit Jam Tangan

Fitbit Versa dijangka hadir dengan sistem operasi generasi baru Fitbit yang turut digunakan pada Fitbit Ionic. Namun, Fitbit Versa dijangka hadir dengan harga yang lebih murah, dan menawarkan saiz sedikit kecil menyasarkan pengguna wanita.

Ciri kecergasan lain turut dijangka hadir bersama, termasuk sokongan kalis air sehingga 50m. Namun, ia dikatakan Fitbit Versa tidak akan hadir dengan sokongan GPS.

Buat masa ini, Fitbit masih belum berkongsi bilakah ia akan dilancarkan. Dengan ketirisan ini, kita mungkin akan dapat melihat ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN