Laporan Netflix Menunjukkan Lebih 70 Peratus Pengguna Mereka Menstrim Video Di Televisyen

Laporan Netflix Menunjukkan Lebih 70 Peratus Pengguna Mereka Menstrim Video Di Televisyen

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Perkhidmatan penstriman video Netflix pada mulanya hadir untuk memudahkan para pengguna menonton siri-siri kegemaran mereka di hadapan komputer. Beberapa tahun berlalu, dan syarikat tersebut boleh dikatakan telah melakukan banyak kerja menaiktarafkan perkhidmatannya untuk peranti mudah-alih.

 

Menariknya, Netflix baru sahaja mengeluarkan laporan mengenai corak penggunaan perkhidmatan tersebut, dan walaupun ia boleh dikatakan bahawa Netflix sedang memfokuskan perkhidmatan tersebut terhadap peranti mudah alih dengan ciri-ciri baru, para pengguna Netflix nampaknya tidaklah begitu mudah diramal.

Netflix menyatakan bahawa walaupun peratusan besar pengguna mereka mendaftar menggunakan komputer (40 peratus) dan peranti mudah alih (30 peratus), ia didapati bahawa 70 peratus daripada mereka akan berhijrah daripada menggunakan komputer dan peranti mudah alih kepada televisyen yang mempunyai kebolehan pintar dalam lingkungan enam bulan.

Lebih menarik lagi, ini bukanlah sesuatu yang hanya terhad kepada beberapa pasaran, tetapi adalah suatu fenomena yang sedang berlaku di seluruh dunia, kerana perkhidmatan penstriman Netflix kini berada di mana-mana sahaja.


TIPS & ULASAN