Samsung Galaxy Note 8 Dan S7 Edge Mungkin Menerima Kemaskini Oreo Seawal Penghujung Bulan Ini

Samsung Galaxy Note 8 Dan S7 Edge Mungkin Menerima Kemaskini Oreo Seawal Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Samsung Galaxy S8 telah selamat menerima kemaskini Android Oreo pada bulan Februari yang lalu. Proses kemaskini ini tidak berlaku dengan lancar kerana terpaksa dihentikan sekali selepas Samsung menerima laporan masalah dari pengguna. Persoalan di kalangan pengguna peranti Samsung yang lain ialah bilakah pula giliran peranti mereka?

Laman Güncelmiyiz dari Turki telah memuat naik tarikh kemaskini Oreo untuk Galaxy Note 8, Galaxy S7, Galaxy S7 Edge, Galaxy A7 (2017), Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A3 (2017). Galaxy Note 8 disenaraikan akan menerima kemaskini seawal 30 Mac ini. Memandangkan Güncelmiyiz  ialah laman yang dimiliki Samsung Turki, tarikh kemaskini ini berkemungkinan besar adalah tarikh rasmi. Senarai lengkap tarikh kemaskini Android Oreo untuk semua peranti adalah seperti di bawah.

  • Samsung Galaxy Note 8 – 30 Mac
  • Samsung Galaxy S7 Edge – 13 April
  • Samsung Galaxy S7 – 13 April
  • Samsung Galaxy A7 (2017) – 25 Mei
  • Samsung Galaxy A5 (2017) – 25 Mei
  • Samsung Galaxy A3 (2017) -25 Mei

Sumber Güncelmiyiz menerusi Sammobile


TIPS & ULASAN