Kini Pelurus Rambut Tanpa Wayar Dengan Powerbank Terbina Pula Ditawarkan Xiaomi

Kini Pelurus Rambut Tanpa Wayar Dengan Powerbank Terbina Pula Ditawarkan Xiaomi

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Xiaomi mempunyai program biayasama (crowdfunding) yang memfokuskan pengumpulan dana untuk menghasilkan produk-produk di bawah ekosistem Xiaomi. Terkini, gajet ke-157 mereka di bawah penjenamaan Mijia telah dihasilkan dan ia merupakan sebuah pelurus rambut tanpa wayar yang juga berfungsi sebagai powerbank.

Pelurus rambut bersaiz padat ini mempunyai kemasan matte bagi memberikan genggaman yang lebih baik. Bahan binaannya juga menggunakan bahan yang tidak mudah calar dan mampu bertahan suhu yang tinggi.

Ia mampu mencapai suhu sehingga 200 darjah Celsius, dilengkapi bateri sebesar 2500mAh dan sebuah lampu LED. Pemanas ini mampu bertahan selama 30 minit jika digunakan secara berterusan dan akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 15 minit. Pelurus rambut ini akan dijual pada harga RMB 99 (~RM 61) melalui laman biayasama Youpin.


TIPS & ULASAN