Pengguna Google Maps Bakal Diberikan Kemampuan Menaiki Go Kart Bersama Mario Pada 10 Mac Ini

Pengguna Google Maps Bakal Diberikan Kemampuan Menaiki Go Kart Bersama Mario Pada 10 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Hari Mario jatuh pada 10 Mac dan nampaknya sempena menyambut hari MAR10. Google Maps bakal memberikan easter egg yang bertemakan Mario Kart. Easter egg ini ditemui secara tidak sengaja oleh seorang pengguna. Sebuah logo tanda soal yang kerap ditemui di dalam aplikasi Google Maps. Apabila logo itu ditekan, muncul kotak yang mengajak pengguna meneroka peta bersama Mario.

Google Maps juga telah menghantar tweet di atas yang jelas menunjukkan mod Mario Kart ini akan muncul di dalam aplikasi mereka.Ini bukan pertama kali Google menyambut sesuatu dalam Google Maps. Sebelum ini mereka menyambut April Fool dengan meletakkan permua Ms. Pac Man dan juga kebolehan menangkap Pokémon.


TIPS & ULASAN