Motorola Dijangka Hadir Dengan Moto Mods Berbentuk Set Realiti-Maya Tidak Lama Lagi

Motorola Dijangka Hadir Dengan Moto Mods Berbentuk Set Realiti-Maya Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Moto Mods merupakan salah satu penambahan kepada telefon pintar keluaran Motorola. Ia dihubungkan melalui sambungan magentik yang ditawarkan pada bahagian belakang peranti keluarga Moto Z, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan melaluinya.

Sebelum ini, kita sedia melihat penawaran pencetak gambar mudah-alih, kamera 360-darjah, penambahan bateri, dan sebagainya.

Moto Mods VR

Terkini, Motorola dilihat akan turut menawarkan sebuah set realiti-maya tidak lama lagi dibawah penawaran Moto Mods ini. Melalui gambar yang dikongsikan oleh @evleaks hari ini, peranti ini dilihat dipanggil dengan nama Virtual Viewer.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penawarannya kelak. Adakah ia akan berfungsi seumpama Gear VR daripada Samsung, ataupun Motorola akan hadir dengan beberapa perubahan dan ciri unik bersama dengannya.

Dengan ketirisan gambar ini, kita mungkin boleh nantikan pengenalan Moto Mods baru ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN