Komputer Riba Huawei MateBook X Melepasi Pengesahan Sirim

Komputer Riba Huawei MateBook X Melepasi Pengesahan Sirim

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Huawei merupakan salah satu syarikat yang popular dengan peranti mudah-alih mereka. Selain daripada hanya menawarkan telefon pintar dan tablet, mereka juga telah mula menawarkan komputer riba sebelum ini. Menariknya, kini, salah satu komputer riba daripada Huawei telah pun melepasi pengesahan Sirim, iaitu model Huawei MateBook X.

Model yang melepasi Sirim adalah WT-W19, iaitu hadir dengan cip Intel Core i7-7500U.

Dari segi spesifikasi, Huawei MateBook X hadir dengan skrin 13-inci IPS pada resolusi 2160×1440 pixel, memori sehingga 8GB LPDDR3, storan sehingga 512GB SSD, dan dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 10 jam. Ia hadir dengan dua port USB-C, selain turut dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos bersama dengannya.

Huawei MateBook X telah dilancarkan pada Mei 2017 yang lepas, dan tidak diketahui lagi sama ada pelepasan Sirim ini bermakna mereka akan menawarkannya kepada pengguna tempatan, atau akan lebih memfokuskan kepada penawaran perusahaan.

Huawei MateBook X


TIPS & ULASAN