Cari @ Amanz

Selamat hari Mar10 dan seperti yang kami laporkan semalam Google Maps akan mengaktifkan mod memandu bersama Mario di dalam aplikasi pemetaan ini. Apabila anda menggunakan sistem navigasi Google Maps, ikon anak panah yang biasanya muncul digantikan dengan watak Mario yang memandu sebuah Go-Kart.

Mario akan menemani anda sepanjang perjalanan lengkap dengan kesan bunyi dari permainan Super Mario yang mendatangkan pelbagai nostalgia. Mod Mario ini hanya akan ditawarkan selama seminggu sahaja. Ia boleh diaktifkan dengan menekan kotak dengan tanda soal bersebelahan butang Start untuk memulakan navigasi. Fungsi khas ini boleh diakses menerusi aplikasi Google Maps untuk Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd