Sistem Ganjaran Netflix Patches Sedang Diuji Bagi Menggalakkan Maratonton Rancangan Kanak-Kanak

Sistem Ganjaran Netflix Patches Sedang Diuji Bagi Menggalakkan Maratonton Rancangan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Adakah anda gemar mengumpul pelekat semasa kecil? Semasa masih belum mumayyiz dahulu antara hobi paling popular ialah mengumpul setem dan pelekat Panini. Kanak-kanak sekarang tidak lagi meminati hobi yang bosan ini. Tetapi naluri mengumpul tetap ada di setiap kanak-kanak. Oleh itu Netflix menguji sistem mengumpul Netflix Patches pada rancangan kanak-kanak mereka.

Sistem ini diuji pada sesetengah pengguna di Amerika Syarikat. Terdapat ikon berbentuk mangga pada thumbnail siri tertentu. Selepas usai menonton, sekeping Netflix Patches akan diberikan. Ini ialah sistem ganjaran yang menggalakkan maratonton (binge watch) sebanyak mungkin siri yang ditawarkan. Idea yang menarik untuk meningkatkan jumlah tontonan tetapi mungkin tidak menggembirakan ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menonton siri secara berterusan.


TIPS & ULASAN