Cari @ Amanz

Qarnot QC1 – Pelombong Kriptowang Yang Merangkap Mesin Pemanas Bilik Ketika Musim Sejuk

Oleh Nazrin

Link Copied!

Jika anda menetap di sebuah negara bercuaca sejuk sepanjang tahun, kebarangkalian besar anda akan perlu membeli sebuah pemanas bilik untuk memastikan anda tidak kesejukan.

Jika anda mempunyai wang sebanyak $3600 yang boleh digunakan untuk membeli sebuah pemanas, Qarnot, sebuah syarikat yang mereka-cipta konsep komputer dan pemanas 2-dalam-1 kini hadir dengan sebuah produk yang dipanggil crypto-heater (pemanas kripto) yang dinamakan Qarnot QC1.

Di dalam pemanas kripto QC1 ini ialah sebuah komputer pasif yang dimuatkan dengan dua buah kad grafik AMD Radeon RX580 yang boleh digunakan untuk melombong kriptowang popular seperti Ethereum, Menurut Qarnot, pemanas QC1 ini mampu melombong Ethereum sebanyak $120 sebulan jika dibiarkan melombong 24/7.

Dalam pada itu, pengguna juga boleh mengawal pemanas ini melalui sebuah aplikasi mudah-alih yang membolehkan pengguna mengubahsuai kadar melombong kriptowang dan secara langsung, suhu pemanas tersebut.

 

Pemanas kripto Qarnot QC1 ini boleh dipra-tempah kini untuk harga $3600 ataupun €2900. dan bagi mereka yang menempah pemanas ini sekarang, unit-unit pertama dikatakan akan mula dihantar kepada mereka pada bulan Jun 2018 kelak.


Komen ()