LG V30 Menerima Kemaskini Yang Membawakan Kesemua Fungsi V30S ThinQ
LG

LG V30 Menerima Kemaskini Yang Membawakan Kesemua Fungsi V30S ThinQ

Diterbitkan pada Mac 11, 2018 oleh .

Di MWC 2018, LG V30S ThinQ dilancarkan dengan sistem QLens, AI Camera, dan Bright Camera. Dari segi spesifikasi ia hanya membawakan penambahbaikan pada saiz RAM dan storan berbanding LG V30 edisi biasa. Sejurus selepas V30S ThinQ dilancarkan, peranti V30 di Korea Selatan menerima kemaskini yang membawakan kesemua fungsi baru kepada peranti lama ini.

Kemaskini ini secara automatik menjadi V30 peranti yang sama dengan V30S ThinQ. Qlens ialah fungsi sama seperti Google Lens dan Bixby Vision. AI Camera pula menukar tetapan kamera secara automatik untuk mengambil gambar yang terbaik. Akhir sekali ialah Bright Camera yang menerangkan gambar di dalam situasi pencahayaan yang kurang baik.

Tidak diketahui sama ada kemaskini ini akan diberikan secara global. Pengguna LG V30 dan V30+ di luar Korea Selatan sehingga kini masih menantikan kemaskini Android Oreo.


TIPS & ULASAN