Huawei Y9 (2018) Diperkenalkan Dengan Skrin 18:9 Dan Bateri 4000mAh

Huawei Y9 (2018) Diperkenalkan Dengan Skrin 18:9 Dan Bateri 4000mAh

Diterbitkan pada Mac 11, 2018 oleh .

Huawei mempunyai beberapa penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan pelbagai ciri-ciri baru. Kini, menambah lagi satu dibawah penawaran jenama Huawei adalah Huawei Y9.

Huawei Y9 merupakan penambahan terbaru daripada Huawei yang menawarkan panel skrin 18:9, selain dilengkapi dwi-kamera.

Huawei Y9 2019

Dari segi spesifikasi, Huawei Y9 hadir dengan skrin 5.93-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel, dijana menggunakan cip Kirin 659, dan memori 3GB RAM.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan dwi-kamera hadapan gabungan 16MP + 2MP, sementara pada bahagian belakang pula ia menggunakan kombinasi sensor 13MP + 2MP.

Menariknya juga, telefon pintar ini menawarkan kapasiti bateri yang besar, iaitu 4000mAh. Ia turut hadir dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo terkini bersama-sama dengannya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan menawarkannya di Malaysia ataupun tidak. Di Malaysia, Huawei dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran Huawei Nova 2i, selain akan membawa masuk Huawei Nova 2 Lite pada minggu ini.


TIPS & ULASAN