Oppo R9s Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999

Oppo R9s Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Oppo R9s merupakan salah satu telefon pintar yang telah dilancarkan pada 2017 lepas, dan menjadi telefon pintar yang paling popular di China sepanjang tahun lepas. Pada awalnya, ia telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798, dan telah menerima potongan harga beberapa kali. Kali terakhir, pada Januari 2018 lepas, Oppo telah mula menawarkannya pada harga RM1398.

Kini, menariknya, Oppo R9s turut boleh didapati pada harga RM999, menjadikan ia salah satu peranti menarik untuk ditawarkan pada harga rendah.

Oppo R9s hadir dengan skrin 5.5-inci dengan panel AMOLED, menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, storan 64GB, dan bateri berkapasiti 3010 mAh. Ia turut menggunakan kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, pengimbas cap jari dihadapan, dan menyokong pengecasan pantas VOOC.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Oppo R9s ini pada harga RM999 hari ini melalui Lazada.

Beli : Oppo R9s di Lazada


TIPS & ULASAN