Carian
OnePlus 5/5T Menerima Kemaskini Beta Android Oreo 8.1
March 12, 2018 Fahim Zahar

OnePlus 5T adalah telefon pintar dengan spesifikasi tinggi yang ditawarkan pada harga di kelas pertengahan. Peranti OnePlus juga terkenal dengan pemberian kemaskini yang pantas dan juga prestasi yang hampir dengan Android asli tetapi mempunyai banyak ciri tambahan.

Kini OxygenOS Open Beta 6 dan 4 ditawarkan kepada OnePlus 5 dan OnePlus 5T. Kemaskini Beta kali ini menaik taraf sistem operasi Android Oreo 8.0 kepada 8.1 dan juga tampalan sekuriti Februari. Senarai perubahan lain disenaraikan di bawah:

  • Menjawab panggilan telefon dengan mengangkat telefon terus ke telinga.
  • Tambahan rekaan jam untuk mod Ambient Display.
  • Optimasi mod permainan dan pengalaman bermain permua dengan mod jimat kuasa dan juga menghentikan seketika kecerahan automatik.
  • Aplikasi OnePlus Switch yang membenarkan pemindahan data aplikasi antara satu peranti kepada yang lain.
  • Beberapa pembaikan pepijat.
  • Penambahbaikan kawalan gesture untuk OnePlus 5T.

Bagi pengguna yang ingin mencuba kemaskini beta ini, anda boleh dapatkan melalui laman rasmi OnePlus. Tutorial juga telah disediakan di laman mereka.

Pengguna untuk kedua peranti ini yang sudahpun menggunakan OxygenOS versi beta yang sebelum ini, anda akan menerima kemaskini melalui OTA seperti biasa.

Komen