Carian
Adakah Xiaomi Mi 7 Turut Akan Hadir Dengan Rekaan Skrin Takuk?
March 12, 2018 Aman

Pada tahun ini, pelbagai pengeluar hadir dengan skrin yang menyertakan rekaan skrin takuk padanya dalam usaha menawarkan rekaan skrin menyeluruh pada bahagian hadapan peranti. Malah, Google sendiri melalui Android P telah menyertakan sokongan untuk skrin takuk padanya.

Terkini, selain daripada Mi Mix 2S yang akan hadir pada penghujung bulan ini, beberapa desas-desus baru hadir mengenai Xiaomi Mi 7.

Melalui fail firmware yang tertiris dan diterima oleh XDA-Developers – ia dilihat Xiaomi Mi 7 turut akan menyertakan sokongan skrin takuk padanya.

Penggunaan skrin takuk ini adalah kerana dengan rekaan skrin menyeluruh pada bahagian hadapan, beberapa sensor seperti kamera dan sebagainya diletakkan pada bahagian takuk berkenaan.

Ia dilihat yang mana Xiaomi Mi 7 akan hadir menggunakan Snapdragon 845, dilengkapi panel OLED, serta turut menyertakan kamera hadapan infra-merah untuk sokongan nyah-kunci berasaskan imbasan wajah.

Seperti biasa, info awal ini hadir daripada fail pembangunan firmware, dan versi akhirnya kelak mungkin sedikit berbeza.

Komen