Apple Mengemaskini Logo Aksesori Di Bawah Program MFi

Apple Mengemaskini Logo Aksesori Di Bawah Program MFi

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Aksesori rasmi yang menyokong pelbagai produk Apple perlu menjalani pensijilan di bawah MFI Program. Sekiranya mereka melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Apple, mereka boleh menggunakan logo “Made for iPhone/iPad/iPod” pada produk yang dijual.

Apple telahpun mengemaskini logo program MFi yang kini kelihatan lebih kemas. Logo iPhone, iPad dan iPod tidak lagi digunakan. Sebaliknya hanya logo Apple digunakan dengan nama produk yang disokong. Ini ialah perubahan terbesar dilakukan pada logo MFi sejak diperkenalkan pada tahun 2005.

Rekaan baru besar kemungkinan dilakukan kerana iPod, iPhone dan kelak iPad mempunyai rekaan yang berbeza tanpa butang fizikal. Pengeluar aksesori program MFi diberikan tempoh semalam 90 hari untuk menggunakan logo bari ini pada bungkusan produk keluaran mereka.


TIPS & ULASAN