Pelanggan Foodpanda Boleh Memesan Makanan Dengan Kos Penghantaran Percuma Esok

Pelanggan Foodpanda Boleh Memesan Makanan Dengan Kos Penghantaran Percuma Esok

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Selamat datang ke dunia masa hadapan. Pelbagai produk boleh dibeli dengan hanya menekan beberapa butang pada skrin. Pengguna tidak perlu bergerak seinci dari katil untuk mendapatkan barangan yang didambakan. Dengan Foodpanda pula, mereka boleh memesan pelbagai makanan dari restoran yang sebelum ini tidak menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Bermula dari 13 hingga 31 Mac ini, pelanggan Foodpanda boleh memesan makanan tanpa perlu membayar kos penghantaran. Ia ditawarkan bagi menyambut minat rakyat Malaysia yang tinggi terhadap makanan. Sebelum ini kos penghantaran sekitar RM5 dikenakan dengan setiap pesanan. Antara restoran yang menawarkan penghantaran menerusi Foodpanda ialah Nando’s, Subway, Sushi King, Killer Gourmet
Burgers (KGB), Kenny Rogers Roasters, Marrybrown dan banyak lagi.


TIPS & ULASAN