CatClaw Membocorkan Tayar Kenderaan Yang Memasuki Laluan Pejalan Kaki

CatClaw Membocorkan Tayar Kenderaan Yang Memasuki Laluan Pejalan Kaki

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Sejak dua tahun kebelakangan ini terdapat banyak serangan pengganas yang menggunakan kenderaan sebagai senjata. Bermula di  Nice, Perancis dimana sebuah lori digunakan untuk menggilis pejalan kaki sehingga menyebabkan 86 kematian. Modus operandi ini digunakan semula di beberapa serangan lain di seluruh dunia seperti London. Untuk menyelesaikan masalah ini CatClaw telah dihasilkan.

CatClaw ialah alat yang dipasang pada sisi laluan pejalan kaki. Apabila tayar kenderaan memasuki kawasan pejalan jaki, ia akan dipancitkan oleh CatClaw yang dilengkapi tiub tajam. Tiub ini hanya akan terdedah apabila ditekan oleh beban yang berat oleh itu tidak akan membahayakan pejalan kaki atau penunggang basikal.

Ini ialah penyelesaian yang menghentikan pergerakan kenderaan dan pada masa yang sama tidak menghalang lalu pejalan kaki seperti tiang dan dinding konkrit yang digunakan sekarang. Ia dicipta oleh Yannick Read seorang jurureka yang berasal dari United Kingdom

Di Malaysia kerajaan membelanjakan jutaan ringgit membina lalu penjalan kaki dan basikal di ibu kota Kuala Lumpur tahun lalu. Baru sahaja usai pembinaan, sudah tular gambar laluan pejalan kaki dan basikal digunakan sebagai tempat meletak kereta oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Masalah ini juga dapat diselesaikan dengan penggunaan CatClaw.


TIPS & ULASAN