Honor 7C Hadir Dengan Snapdragon 450 Dan Sokongan Nyah-Kunci Berasaskan Wajah

Honor 7C Hadir Dengan Snapdragon 450 Dan Sokongan Nyah-Kunci Berasaskan Wajah

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Honor hari ini telah menambah satu lagi peranti baru dibawah keluarga Honor, iaitu Honor 7C. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi rendah-pertengahan, dan hanya ditawarkan di China sahaja buat masa ini.

Honor 7C

Honor 7C hadir dengan skrin 5.99-inci dengan resolusi 1440x720px dan nisbah paparan 18:9. Menjananya adalah cip Snapdragon 450 dengan pilihan memori 3GB RAM atau 4GB RAM, serta ruangan storan dengan pilihan 32GB dan 64GB.

Honor 7C menyertakan dwi-kamera belakang yang mengabungkan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sistem operasi Android 8.0 bersama-sama dengannya.

Di China, Honor 7C ini ditawarkan pada harga bermula CNY 899 iaitu sekitar RM554. Ia tidak diketahui lagi sama ada Honor Malaysia akan membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN