WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan sokongan memadam mesej yang tersalah hantar dengan pilihan yang dinamakan “Delete for Everyone”. Pada awalnya, WhatsApp hanya membenarkan pengguna untuk memadam mesej yang tersalah hantar sehingga 7 minit, dan selepas tempoh waktu berkenaan, ia tidak lagi boleh dipadam.
Kini, WhatsApp dilihat meningkatkan had masa berkenaan. Kini, pengguna boleh menggunakan ciri memadam mesej “Delete for Everyone” ini untuk tempoh sehingga 1 jam 8 minit. Ini bermakna, sekiranya anda tersalah hantar sesuatu mesej kepada penerima, anda masih boleh memadamkannya dalam tempoh sejam – dengan syarat rakan anda tidak membacanya lagi.
Ciri ini mungkin digemari ramai, dan akan lebih aktif digunakan dengan tempoh masa memadam yang lebih lama ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan ciri memadam mesej ini?
A new WhatsApp for iOS update (2.18.31) is available on AppStore.
It is a bug fixes update, but it has the new “Delete for everyone” limit, that’s 1 hour, 8 minutes and 16 seconds.— WABetaInfo (@WABetaInfo) March 8, 2018