Kerajaan Amerika Syarikat Menghalang Pengambil-Alihan Qualcomm Oleh Broadcom

Kerajaan Amerika Syarikat Menghalang Pengambil-Alihan Qualcomm Oleh Broadcom

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat hari ini menghalang pengambil-alihan Qualcomm oleh pihak Broadcom – mengatakan ia melibatkan keselamatan negara berkenaan.

Bagi yang mengikuti perkembangan arena semikonduktor ini, Broadcom yang terkenal dengan penawaran cip berkaitan rangkaian, WiFi dan sebagainya ini telah dalam usaha untuk mengambil-alih Qualcomm sejak beberapa bulan lepas.

Ia dikatakan halangan ini dilakukan kerana Qualcomm terlibat dalam pembangunan teknologi tanpa-wayar generasi baru, dan pengambil-alihan ini mungkin akan menghentikan pelaburan dan pembangunan teknologi berkaitan. Perkara ini secara tidak langsung akan menjadikan syarikat dari China sebagai pengeluar dominan dalam arena berkenaan.

Sebelum ini, Broadcom telah membida untuk mengambil-alih Qualcomm pada nilai mencapai lebih $100 bilion – sekaligus membuatkan ramai yang tidak selesa dengannya, termasuk pihak Intel sendiri.

Dengan penghentian pengambil-alihan ini, ia tidak diketahui lagi apakah rancangan Broadcom seterusnya dalam arena semikonduktor ini.


TIPS & ULASAN