Instagram Sedang Menguji Paparan Susur Masa Mengikut Kronologi

Instagram Sedang Menguji Paparan Susur Masa Mengikut Kronologi

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Dua tahun lalu paparan susur masa Instagram diubah kerana pengaktifan sistem algoritma. Menurut Instagram, paparan susur masa mengikut algoritma memastikan anda tidak terlepas melihat gambar popular yang dimuat naik oleh teman anda. Ikhlas kami katakan kami bukan peminat sistem algoritma ciptaan Facebook ini. Berita baik pagi ini ialah susur masa dengan paparan kronologikal mungkin akan kembali semula dalam masa terdekat.

Seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun @jackharding memuat naik Stories yang mengumumkan beliau kini melihat susur masa yang disusun mengikut kronologi. Susunan mengikut masa gambar dimuat naik ini amat dirindui oleh kebanyakan pengguna termasuk kami. Di dalam kemaskini seterusnya kami cukup berharap terdapat pilihan untuk melihat susur masa mengikut kronologi.


TIPS & ULASAN