Asus Mengumumkan Penawaran Kemaskini Android 8.0 Oreo Untuk Siri Zenfone 3

Asus Mengumumkan Penawaran Kemaskini Android 8.0 Oreo Untuk Siri Zenfone 3

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Asus sebelum ini telah menjanjikan bakal menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk telefon pintar dibawah siri Zenfone 3. Lanjutan daripadanya, hari ini Asus Malaysia secara rasminya mengumumkan penawaran kemaskini Android 8.0 Oreo untuk siri Zenfone 3.

Tiga peranti yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo adalah Zenfone 3 Laser, Zenfone 3 Deluxe dan juga Zenfone 3 Zoom.

Asus Zenfone 3 Oreo

Asus akan menawarkan kemaskini Oreo ini bermula Zenfone 3 Deluxe pada pertengahan Mac 2018 ini, dan diikuti Zenfone 3 Laser dan Zoom pada penghujung Mac 2018 kelak.

Bagi anda yang menggunakan peranti dibawah siri Zenfone 3 ini, boleh mulakan semakan pada tetapan peranti anda bermula minggu ini, sekaligus menikmati pelbagai ciri baru yang dibawakan bersama-sama dengan Android 8.0 Oreo.


TIPS & ULASAN