Apple Mengambil-Alih Perkhidmatan Langganan Majalah Digital, Texture

Apple Mengambil-Alih Perkhidmatan Langganan Majalah Digital, Texture

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih dan akses internet pantas, pelbagai pengeluar peranti melihat kepada penawaran kandungan digital tambahan dalam memastikan pengguna mendapatkan peranti keluaran mereka.

Apple sendiri sebelum ini telah mempunyai kemudahan untuk mendapatkan filem dan siri-TV, selain turut menawarkan kemudahan untuk strim muzik melalui Apple Music.

Apple Texture

Selain daripada video dan muzik, kini Apple turut memperluaskan portfolio mereka dengan mengambil-alih perkhidmatan langganan majalah digital, iaitu Texture.

Bagi yang tidak mengenali akan Texture, pengguna boleh membuat bayaran langganan bulanan, dan mengakses kepada majalah digital yang diinginkan – sekaligus menawarkan penawaran seumpama Netflix. Texture mempunyai lebih 200 majalah dibawah penawaran mereka.

Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan perancangan untuk Texture. Kebiasaannya, Apple akan mengambil-alih sesuatu syarikat dan mengubah serta mengoptimasikan penawaran kepada pengguna mereka.

Berkemungkinan kita akan melihat perubahan pada Texture dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN