Microsoft Akan Mula Menjual Tablet Microsoft Surface Book 2 Pada 15 Mac

Microsoft Akan Mula Menjual Tablet Microsoft Surface Book 2 Pada 15 Mac

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Pada minggu lepas, kami melaporkan bahawa Microsoft Malaysia akan mula menjual tablet Microsoft Surface Book 2 pada minggu ini, berdasarkan laman jualan atas-talian Lazada Malaysia, yang sudahpun membuka pra-tempah untuk peranti-peranti ini.

Hari ini, pihak Microsoft Malaysia telah mengesahkan bahawa tablet tersebut akan mula dijual pada 15 Mac, dan juga telah menunjukkan spesifikasi-spesifikasi khusus mengenai model-model yang akan dijual.

Microsoft Surface Book 2 ini hadir dengan dua paparan skrin berbeza, termasuklah 13.5 inci dan 15 inci dengan resolusi 3240×2160 pixel yang menggunakan teknologi paparan PixelSense.

Dari segi spesifikasi dalaman, tablet Surface Book 2 ini dilengkapi dengan pilihan CPU Intel Core i5 generasi ketujuh Kaby Lake dan Intel Core i7 generasi kelapan Coffee Lake, pilihan memori DDR4 8GB sehingga 16GB, dan storan SSD 256GB sehingga 1TB.

Dari segi pilihan grafik pula, tablet Surface Book 2 ini hadir dengan pilihan grafik Intel Iris, kad grafik NVIDIA GTX 1050 untuk model 13.5 inci dan NVIDIA GTX 1060 untuk model 15 inci.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tablet Surface Book 2 ini, tablet ini boleh dipra-tempah di Lazada, bermula pada harga RM6899 untuk model 13.5 inci dengan CPU Intel Core i5, memori 8GB dan storan SSD 256GB, manakala model kelas tertingginya, yang hadir dengan paparan 15 inci, CPU Intel Core i7, memori DDR 16GB, storan SSD 1TB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 boleh dibeli pada harga RM14,199.


TIPS & ULASAN