Lampu Pintar Philips Hue Untuk Kegunaan Luar Rumah Diperkenalkan

Lampu Pintar Philips Hue Untuk Kegunaan Luar Rumah Diperkenalkan

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Philips Hue adalah lampu LED pintar Philips yang boleh dikawal melalui aplikasi dan juga arahan suara Google Assistant, Siri ataupun Amazon Alexa. Sebelum ini mereka hanya menawarkan koleksi lampu untuk kegunaan dalam rumah. Kini mereka mula menawarkan koleksi lampu untuk kegunaan di luar rumah.

Antara lampu Philips Hue yang terdapat untuk luar rumah ialah lampu dinding, lampu sorot dan juga lampu lantai. Kesemua lampu ini adalah kalis-cuaca dan boleh diselarikan dengan sistem Hue sedia ada.

Pihak Philips mengatakan, koleksi lampu pintar luar rumah ini boleh digunakan untuk menambah keindahan laman, menerangi tanaman dan juga menjadikan halaman luar rumah lebih menarik. Kesemua koleksi lampu ini juga terdapat pilihan mentol LED dengan sokongan 16 juta warna.

Harga untuk lampu dinding Inara, Lucca dan Ludere bermula pada $49 – $129 (~RM192 – RM504), lampu sorot Lily pula $279 (~RM1090) dan lampu lantai Calla pula ditawarkan pada harga $139 (~RM543). Kesemua lampu Philips Hue yang baru ini akan mula dijual di Amerika Syarikat dan Eropah bermula pada Julai 2018.


TIPS & ULASAN