Cadangan Supaya Google Dan Facebook Dikenakan Cukai Dijangka Akan Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Supaya Google Dan Facebook Dikenakan Cukai Dijangka Akan Dibawa Ke Kabinet

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Kemaskini : Google Malaysia telah mengeluarkan komen, mengatakan “Kami membayar segala cukai yang dikenakan kepada kami di Malaysia, dan kami sering bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam pelbagai isu.”


Google dan Facebook merupakan antara nama gergasi dalam arena teknologi seluruh dunia. Kedua-duanya menjana pendapatan melalui pengiklanan digital – dimana mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan Google dan Facebook mengawal hampir 70% daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Namun, ia boleh dikatakan agak mendukacitakan kerana kedua-duanya tidak membayar cukai di Malaysia disebabkan kaedah operasi syarikat internet.

Terkini, ia dikatakan yang mana Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa cadangan kepada Kabinet supaya Google dan Facebook dikenakan cukai pada masa depan. Komen ini diberikan oleh TPM hasil cadangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Wai agar Facebook dan Google dikenakan cukai seperti di Vietnam

Untuk makluman, cukai ini adalah untuk syarikat – dan ia bukan sesuatu yang asing dalam arena perniagaan. Seperti semua sedia maklum, semua syarikat tidak terlepas daripada keperluaan membayar cukai. Walaupun syarikat gergasi seperti Google dan Facebook mempunyai pejabat di Malaysia – namun transaksi tidak melalui pejabat berkenaan, membuatkan mereka terlepas daripada membayar cukai di Malaysia.

Dengan jutaan pengguna Facebook dan Google di Malaysia, dan kedua-dua syarikat sendiri menjana jutaan ringgit melalui pengguna tempatan – kerajaan semestinya tidak ingin kehilangan pendapatan melalui pencukaian.

Sebelum ini sendiri, Indonesia turut telah hadir dengan cadangan yang lebih kurang sama supaya kedua-dua syarikat gergasi tempatan ini membayar cukai di Indonesia, dan telah mencapai kata sepakat dengan Google pada 2016 lepas. Australia turut telah membuat perubahan pada sistem cukai mereka, sekaligus membuat Google dan Facebook membayar cukai berdasarkan keuntungan yang dijana di negara berkenaan.

Kemaskini : Google Malaysia telah mengeluarkan komen, mengatakan “Kami membayar segala cukai yang dikenakan kepada kami di Malaysia, dan kami sering bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam pelbagai isu.”


TIPS & ULASAN