Cari @ Amanz

Spotify menawarkan jutaan lagi dengan pelbagai genre menarik. Tetapi kami menyedari lagu-lagu dari Malaysia misalnya kadang kala tidak disenaraikan mengikut genre yang tepat. Apabila mencari genre irama Malaysia misalnya, senarai main buatan pengguna yang muncul tanpa sub genre khas seperti untuk Country Music misalnya. Bagi memastikan ketepatan maklumat lagu, Spotify telah melancarkan Line-In.

Menerusi Line-In, pengguna memasukkan maklumat datameta untuk artis dan lagu di Spotify. Ia hanya boleh diakses menerusi pemain pelayar web dan aplikasi desktop Spotify. Apabila menekan ikon tiga titik pada lagu, terdapat pilihan untuk Sugggest An Edit. Antara maklumat yang boleh dimasukkan pengguna ialah genre, tahap kelucahan, bahasa yang digunakan, tag, mood dan maklumat penulis lagu.

Dengan bantuan pengguna, maklumat datameta yang kurang lengkap dapat diperbaiki. Menerusi Line-In pengguna juga boleh mengambil beberapa pungutan suara mengenai lagu-lagu yang mereka dengari. Kesemua sumbangan maklumat yang dimasukkan juga disenaraikan. Bagi mereka yang mempunyai masa terluang, sila ke Line-In bagi memperbaiki maklumat muzik dari Malaysia di Spotify.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd