Cari @ Amanz

Alexa adalah pembantu digital daripada Amazon. Ia mampu membuat panggilan video serta menghantar mesej antara pengguna peranti Echo melalui peranti itu sendiri ataupun aplikasi Alexa. Sebelum ini perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan untuk Echo Show dan Echo Spot.

Amazon Echo Show

Kini Amazon membawakan ciri ini kepada semua siri tablet Fire keluaran mereka serta tablet  yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Pengguna Alexa boleh membuat panggilan dari tablet lain terus ke Echo Spot atau Echo Show. Amazon juga bercadang untuk mengaktifkan Amazon Drop iaitu fungsi seakan interkom antara peranti-peranti Echo di masa hadapan.

Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini pada tablet anda, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Alexa terkini untuk menikmati ciri menarik ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd