Pixel Buds Mungkin Akan Menerima Sokongan Kawalan Sentuhan Tambahan

Pixel Buds Mungkin Akan Menerima Sokongan Kawalan Sentuhan Tambahan

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Pixel Buds ialah set fon-telinga pintar tanpa wayar daripada Google. Ia juga merupakan set telefon-telinga terawal dengan Google Assistant terbina. Pixel Buds tidak mempunyai sebarang alat kawalan jauh dan kawalan hanya boleh dilakukan dengan sentuhan.

Google Pixel Buds

Buat masa ini kawalan pada Pixel Buds terhad kepada empat sahaja iaitu tap sekali untuk main atau matikan audio, tatal kiri atau kanan untuk melaraskan tahap suara dan menyentuh untuk beberapa saat untuk mengaktikfan fungsi arahan suara.

Pihak 9to5Google menemui beberapa barisan kod pada fail .APK yang mencadangkan Pixel Bud mampu mengubahsuai kawalan tap dan sentuhan tidak lama lagi. Antara kawalan baru ialah tri-tap, mengubah tap dua kali dan juga smart detection yang menghentikan audio jika Pixel Buds jauh dari telinga. Disebabkan ciri ini ditemui dalam fail APK beta Google Ia mungkin akan hadir pada kemaskini aplikasi sebenar tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN