Imej Pengolokan Rasmi Untuk Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite Tertiris Sepenuhnya

Imej Pengolokan Rasmi Untuk Huawei P20 Pro, P20 Dan P20 Lite Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum kesemua peranti di dalam keluarga Huawei P20 dilancarkan. Sebelum ini imej pengolokan rasmi dari hadapan dan belakang telah tertiris awal. Hari ini imej pengolokan rasmi dari pelbagai sudut pula tertiris sepenuhnya untuk Huawei P20 Pro. P2, dan P20 Lite.

Huawei P20 Pro ialah model berspesifikasi tertinggi dengan sistem tri-kamera pada bahagian belakang. Lensa kamera ketiga dipercayai menyokong sistem zoom optikal hibrid sehingga 3X. Peranti ini bakal dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh dan skrin OLED.  Imej pengolokan di atas ialah pilihan warna Twilight yang merupakan gabungan warna ungu dan hijau. Lensa kamera nampaknya terkeluar dari tubuh tidak seperti Huawei P10 tahun lalu.

Huawei P20 pula mempunyai rekaan yang sama seperti P20 Pro cuma tiada lagi sistem tri-kamera Leica yang digantikan dengan dwi-kamera Leica. Bateri mengecil ke 3400 mAh dan skrin sekadar berteknologi LCD. Pengimbas cap jari masih lagi di dagu dengan lensa kamera terkeluar dari tubuh.

Akhir sekali ialah Huawei P20 Lite yang juga dilengkapi skrin bertakuk. Perbezaan paling ketara ialah pengimbas cap jari pada panel belakang dan tiada penjenamaan Leica pada kamera yang digunakan. Kemasan P20 Lite ini mengingatkan kami kepada Honor 8 Pro yang dilancarkan pada tahun 2017.


TIPS & ULASAN