TPM Mengatakan Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 Akan Disemak Semula

TPM Mengatakan Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 Akan Disemak Semula

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan digubal pada tahun 1984 sebagai ganti kepada Akta Mesin Cetak 1948 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958. Melalui akta ini, penerbitan bercetak di Malaysia dikawal ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi hari ini mengatakan akta ini bakal disemak semula bagi mengikut peredaran zaman.

Majalah PCIni adalah kerana landskap media sekarang sudah banyak berubah dengan hampir dikuasai media alternatif. Menurut TPM, pihak Kementerian Dalam Negeri mahu akta yang disemak semula bagi memberi kebebasan dari segi penulisan, penyiaran dan penerbitan yang tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan.

Akta ini masih lagi relevan kerana mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.


TIPS & ULASAN