Fitbit Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Baru Yang Lebih Kompak – Fitbit Versa

Fitbit Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Baru Yang Lebih Kompak – Fitbit Versa

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, hari ini Fitbit telah melancarkan jam tangan pintar mereka yang terbaru, dinamakan sebagai Fitbit Versa.

Fitbit Versa menawarkan saiz yang lebih kompak berbanding jam tangan pintar Ionic sebelum ini, Versa dilengkapi skrin 1.34-inci LCD, dilengkapi storan sebesar 4GB, dan bateri 145mAh yang mampu bertahan untuk penggunaan selama 4 hari lamanya dengan sekali pengecasan penuh.

Ia turut menggunakan sistem operasi sama seperti di Fitbit Ionic sebelum ini, dan turut menyertakan sokongan Fitbit Pay pada beberapa model variasi Versa.

Fitbit Versa

Disamping itu, walaupun ia boleh digunakan untuk tujuan kecergasan dan sebagainya, namun Fitbit tidak menyertakan cip GPS pada jam tangan pintar ini. Pengguna masih boleh menggunakan ciri yang memerlukan GPS dengan menghubungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth untuk tujuan berkenaan.

Fitbit turut dilihat menyasarkan pengguna wanita melalui jam tangan pintar baru ini, dan turut menyertakan sokongan memantau edaran haid menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Fitbit Versa akan memasuki pasaran tempatan. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN