Para Guru Turut Boleh Mendaftar Unifi Home 10Mbps Pada Harga RM99 Dibawah Pek Jasa

Para Guru Turut Boleh Mendaftar Unifi Home 10Mbps Pada Harga RM99 Dibawah Pek Jasa

Diterbitkan pada Mac 13, 2018 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah memperkenalkan Pek Jasa untuk para guru, membolehkan para guru yang berkhidmat dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan Unifi Mobile tanpa had data pada harga langganan RM59 sahaja sebulan.

Unifi Pek Jasa

Kini, pihak Telekom Malaysia turut berkongsi lanjut mengenainya. Seperti ramai sedia maklum, untuk mendapatkan Pek Jasa dibawah Unifi Mobile, para guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun Unifi atau jalur-lebar dengan TM. Tetapi, sekiranya tiada langganan berkenaan, guru berkenaan turut boleh membuat langganan Unifi Home pada harga promosi.

Daripada laman FAQ yang disediakan oleh Telekom Malaysia, mereka menawarkan tiga pilihan pakej pada harga diskaun, iaitu:

  • Unifi Lite 10Mbps – RM99 sebulan
  • Unifi Advance 30Mbps – RM169 sebulan
  • Unifi Pro 100Mbps – RM299 sebulan

Unifi Pek Jasa

Harga tawaran ini adalah sama seperti harga penawaran untuk pakej Unifi Edu yang menyasarkan para pelajar sebelum ini, dan harga diskaun ini adalah untuk tempoh 24 bulan sahaja sebelum ia berubah kepada harga pakej biasa. Seperti biasa, pakej Unifi Home untuk guru ini turut hadir dengan langganan Unifi TV.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan langganan Unifi pada harga diskaun untuk guru ini, boleh menyemaknya di laman rasmi Unifi hari ini, atau ke TM Point berhampiran anda.

Layari : Unifi Pek Jasa


TIPS & ULASAN