Google Assistant Kini Menyokong Apple iPad

Google Assistant Kini Menyokong Apple iPad

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Google hari ini telah mengemaskini aplikasi Google Assistant untuk iOS, sekaligus menambah sokongan untuk tablet keluaran Apple, iaitu iPad.

Google Assistant

Menggunakan Google Assistant, anda boleh mendapatkan pelbagai jawapan untuk pertanyaan, termasuk berkaitan berita, cuaca, harga saham, tetapan temujanji, dan sebagainya. Berbeza dengan Siri yang sentiasa aktif, di iOS, aplikasi Google Assistant perlu dibuka sebelum dapat digunakan.

Buat masa ini, aplikasi Google Assistant ini masih belum boleh dimuat-turun daripada AppStore dengan tetapan negara Malaysia. Anda boleh mencubanya dengan mengubah tetapan negara pada akaun anda kepada Amerika Syarikat, ataupun nantikan pengenalan rasmi aplikasi berkenaan untuk pengguna tempatan.

AppStore : Google Assistant


TIPS & ULASAN