Kemaskini Windows 10 Seterusnya Akan Hadir Pada April 2018

Kemaskini Windows 10 Seterusnya Akan Hadir Pada April 2018

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Microsoft hari ini dilihat mengemaskini laman Windows Developer mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana kemaskini Windows 10 akan datang bakal hadir pada April 2018 ini, iaitu pada bulan hadapan.

Dilabelkan dengan nama Redstone 4, nama akhir untuk kemaskini ini dijangka dikenali sebagai “Spring Creators Update”.

Microsoft dijangka akan berkongsi lanjut mengenai ciri-ciri yang disertakan pada kemaskini Windows 10 akan datang ini dalam minggu-minggu akan datang. Dan seperti asalnya, kemaskini ini dijangka ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 10 sedia ada.


TIPS & ULASAN