Kali pertama kewujudan Vivo V9 diketahui umum ialah apabila papan iklannya muncul di Indonesia secara mengejut. Peranti dengan skrin FullView Display akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Spesifikasinya bukan lagi misteri selepas ia tertiris awal selepas ia disenaraikan di laman beli belah atas talian Bukalapak di Indonesia.
Vivo V9 dilengkapi skrin 6 inci AMOLED FHD+ bertakuk. dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera hadapan 24-Megapixel, kamera belakang 12+8 Megapixel dan bateri sebesar 3250 mAh. Ia akan menggunakan Android 8.0 Oreo dengan pelancar Funtouch OS 4.0. Di Indonesia peranti yang mementingkan mod swafoto ini bakal dijual pada harga IDR 4.999.000 (~RM 1419) sebuah.
- Kemaskini – Nampaknya maklumat di atas tidak tepat. Laman rasmi Vivo India baru sahaja memaparkan spesifikasi penuh sebenar peranti ini dan ia boleh dilihat menerusi pautan ini