Honor 9 Lite Sekali Lagi Ditawarkan Pada Harga Rendah – RM699

Honor 9 Lite Sekali Lagi Ditawarkan Pada Harga Rendah – RM699

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Honor Malaysia telah menawarkan Honor 9 Lite pada harga diskaun RM699 pada minggu lepas. Namun, ia ditawarkan dalam kuantiti yang terhad, membuatkan ada yang terlepas mendapatkannya.

Hari ini, tawaran berkenaan kembali sekali lagi, dan membolehkan para pengguna tempatan yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar berharga RM749 ini pada harga diskaun RM699 untuk tempoh terhad.

Honor 9 Lite RM699

Honor 9 Lite hadir dengan skrin 5.65-inci FHD IPS LCD, dilengkapi cip Kirin 659, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut menggunakan dwi-kamera hadapan dan belakang dengan sensor 13MP + 2MP, selain bateri berkapasiti 3000mAh.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Honor 9 Lite ini pada harga diskaun hanya untuk hari ini sahaja.

Beli : Honor 9 Lite di VMall


TIPS & ULASAN