Google Bekerjasama Dengan Ubisoft Untuk Agones – Sistem Hos Pelayan Multi-Pemain Sumber Terbuka

Google Bekerjasama Dengan Ubisoft Untuk Agones – Sistem Hos Pelayan Multi-Pemain Sumber Terbuka

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Google melalui penawaran Google Cloud sedia mempunyai pelbagai rakan kerjasama – tetapi lebih memfokuskan kepada hos sistem, dokumen, web dan sebagainya. Hari ini, Google membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan pihak Ubisoft untuk suatu projek baru dinamakan Agones.

Agones merupakan sebuah projek yang ingin memudahkan pengurusan dan hos pelayan multi-pemain. Projek ini ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya dalam mengehos pelayan multi-pemain dan menguruskannya dengan mudah.

Agones

Secara kasar, berbeza dengan hari ini, melalui Agones, ia ingin menawarkan pengalaman permainan kualiti tinggi dengan mudah, selain membolehkan penyedia permainan untuk mengawal pelayan dengan kadar fleksibiliti lebih tinggi berbanding kebiasaan. Ini sekaligus membolehkan mereka lebih mengawal sumber yang diperlukan, dan tidak membazir sumber mereka.

Pengumuman Google dan Ubisoft ini lebih ditujukan kepada pembangun dan penyedia permainan – sekaligus menarik lebih ramai menggunakan Google Cloud Platform pada permainan multi-pemain mereka.

Layari : Agones di GitHub


TIPS & ULASAN