SwiftKey ialah antara papan kekunci yang popular yang ditawarkan pada Android dan iOS. Aplikasi ini bersaing dengan papan kekunci Google Gboard yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Baru-baru ini, SwiftKey telah dikemaskini untuk Android kepada versi 7.0 dengan menambahkan Toolbar dan 19 bahasa baru.
Toolbar mempunyai akses pantas untuk tema, GIF, pelekat, papan klip, dan Collections. Pengguna juga kini mampu mereka pelekat sendiri dan boleh terus disimpan ke dalam Collections. Selain itu, Swiftkey 7.0 juga membawa mod incognito, integrasi kalendar dan 19 bahasa baru termasuk Latin, Yucatec Maya dan Miskito.
Akan tetapi, Swiftkey 7.0 ini adalah untuk Android sahaja, manakala kemaskini untuk iOS akan menyusul tidak lama lagi. Kepada pengguna Swiftkey anda boleh mula muat turun kemaskini aplikasi di Google Play Store.
- Muat Turun
- Muat turun Swiftkey 7.0 dari Play Store